andai kau berikan kepada ku

semalam,
di saat aku tidak lagi bermaya
membuka kelopak mata
dan aku amat memerlukan bantal itu
andai kau berikan kepada ku
pasti aku terlena dibuai mimpi
malah ku buka kan mimpi ku itu
untuk ku jemput diri mu
di dalam dunia yang serba indah
di alam yang tiada resah

semalam,
di ketika aku tidak lagi mampu
menggerakkan diriku
di daerah kemarau berpanjangan
dan aku amat memerlukan
hanya setitis air dari mu
andai kau berikan kepada ku
pasti hilang dahaga ku bertahun
dan pohon kasih kan tumbuh hijau merimbun
untuk kau rasa redup kasihnya
dari bahang matahari yang menggila

hari ini,
kau hamparkan kepada ku
permaidani indah seluas alam
untuk ku tidur di atasnya
dan lena dibuai mimpi yang sama
dan kau persembahkan kepadaku
air gunung penuh nikmat
untuk kuhilangkan segala dahaga dan penat
untuk ku siram pohon kasih
agar tumbuh subur berdaun lebat

tapi
mimpi indah itu
tidak mungkin dapat ku ulangi
malah pohon kasih
sudah boleh berdiri sendiri
kerana aku sudah
tidak mengantuk dan dahaga lagi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cerita jarak dua hati

kalam mubalaroh

sebatian