memberi dan menerima
semalam baru aku sedari
andai boleh aku memberi
seluruh dunia dan isinya
ku serahkan semuanya kepada mu
supaya engkau benar-benar tahu
sebelum aku hanya tinggal nama
engkau lah segalanya
dan semalam baru aku sedari
aku mampu menerima
apa sahaja yang kau beri
seluruh dunia dan isinya
biar sepahit hempedu
biar semanis madu
supaya engkau benar-benar tahu
sebelum aku hanya tinggal nama
engkaulah segalanya
..juga semalam aku sedari
biar seluruh alam aku memberi
biar nyawa sebagai galang ganti
tetapi aku tak boleh meminta
balasan yang sama
kerana aku hanya boleh menerima
Ulasan
Catat Ulasan