cerita jarak dua hati
kata guru ku
ketika bercinta
tidak perlu bersuara
hanya gerak badan
atau sekilas pandangan
atau sekadar mimik muka
sudah faham maksudnya
ketika itu
walau jasad tidak bertemu
dua hati sedang menyatu
kata guru ku lagi
ketika cinta
mulai pudar warna
walau suara
keras dan lantang
walau nada
tinggi menjulang
beribu patah kata
belum tentu
faham maksudnya
ketika itu
walau jasad bersentuhan
dua hati...
telah lama berjauhan
ketika bercinta
tidak perlu bersuara
hanya gerak badan
atau sekilas pandangan
atau sekadar mimik muka
sudah faham maksudnya
ketika itu
walau jasad tidak bertemu
dua hati sedang menyatu
kata guru ku lagi
ketika cinta
mulai pudar warna
walau suara
keras dan lantang
walau nada
tinggi menjulang
beribu patah kata
belum tentu
faham maksudnya
ketika itu
walau jasad bersentuhan
dua hati...
telah lama berjauhan
suka puisi ni. karya sendiri yea.
BalasPadamYe. Terima kasih kerana menyukainya :)
BalasPadamGuru tu 'abg pendek' eh? :D
BalasPadam