sebatian
hipotesisnya
engkau, aku
dan cinta
hanya interaksi
secara teori
sebatian dua hidrogen
berpaut pada satu oksigen
menyatu dan bersatu
dan kerana itu
terkesan benar
kepada suhu
boleh sahaja
tiba-tiba mendidih
menjadi wap yang panas
dan pedih
boleh sahaja
tiba-tiba dingin dan beku
menjadi keras dan kaku
dan tentu sahaja
teras sabar
kembali bubar
menjadi unsur alami
yang suci dan segar
engkau, aku
dan cinta
hanya interaksi
secara teori
sebatian dua hidrogen
berpaut pada satu oksigen
menyatu dan bersatu
dan kerana itu
terkesan benar
kepada suhu
boleh sahaja
tiba-tiba mendidih
menjadi wap yang panas
dan pedih
boleh sahaja
tiba-tiba dingin dan beku
menjadi keras dan kaku
dan tentu sahaja
teras sabar
kembali bubar
menjadi unsur alami
yang suci dan segar
Ulasan
Catat Ulasan