Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

dua minggu sahaja

entah apa balanya.. hati ku kembali terluka.. setiap selang dua minggu selepas mengikat janji setia.. dan hari ini hati ku kembali terluka tepat sebagaimana direncana dan selepas ini.. rasa sakit tujuh hari diikuti tujuh hari rasa disayangi sebelum kembali terluka dalam tempoh dua minggu lagi...

tanda pada kalender lusuh

entah kenapa hari ini aku terasa ada yang kurang ada yang hilang puas ku ingat dan ku fikir ku terjemah dan ku tafsir ku renung dan ku hitung masih tak terjumpa apa yang terlindung dalam mencari-cari mata ku terarah ada tanda merah pada angka lima belas di bulan ke sepuluh pada kalender yang hampir lusuh masih setia mengingatkan aku hari ini hari lahir mu..

cerita tarikh lahir

sebentar tadi bicara seorang teman tentang tarikh lahir ku muncul kembali ketika aku sedang tertiarap dan hilang semua harap kerana aku baru sahaja cedera dan luka bukan di dada tetapi di belakang ditikam dan dicincang tanpa belas dan ehsan tanpa simpati dan kasihan oleh dia yang kuserahkan hati dan perasaan..

memberi dan menerima

semalam baru aku sedari andai boleh aku memberi seluruh dunia dan isinya ku serahkan semuanya kepada mu supaya engkau benar-benar tahu sebelum aku hanya tinggal nama engkau lah segalanya dan semalam baru aku sedari aku mampu menerima apa sahaja yang kau beri seluruh dunia dan isinya biar sepahit hempedu biar semanis madu supaya engkau benar-benar tahu sebelum aku hanya tinggal nama engkaulah segalanya ..juga semalam aku sedari biar seluruh alam aku memberi biar nyawa sebagai galang ganti tetapi aku tak boleh meminta balasan yang sama kerana aku hanya boleh menerima

andai kau berikan kepada ku

semalam, di saat aku tidak lagi bermaya membuka kelopak mata dan aku amat memerlukan bantal itu andai kau berikan kepada ku pasti aku terlena dibuai mimpi malah ku buka kan mimpi ku itu untuk ku jemput diri mu di dalam dunia yang serba indah di alam yang tiada resah semalam, di ketika aku tidak lagi mampu menggerakkan diriku di daerah kemarau berpanjangan dan aku amat memerlukan hanya setitis air dari mu andai kau berikan kepada ku pasti hilang dahaga ku bertahun dan pohon kasih kan tumbuh hijau merimbun untuk kau rasa redup kasihnya dari bahang matahari yang menggila hari ini, kau hamparkan kepada ku permaidani indah seluas alam untuk ku tidur di atasnya dan lena dibuai mimpi yang sama dan kau persembahkan kepadaku air gunung penuh nikmat untuk kuhilangkan segala dahaga dan penat untuk ku siram pohon kasih agar tumbuh subur berdaun lebat tapi mimpi indah itu tidak mungkin dapat ku ulangi malah pohon kasih sud...

kisah berbuka puasa

bagaimana cerita ini bermula aku pun ingat-ingat lupa mungkin engkau separuh menawar dan aku separuh menerima kita rancak berbicara tentang juadah berbuka puasa dalam mesra engkau berkata hari ini kita cuba berbuka lain sikit boleh? dalam tertanya aku menoleh berbuka lain sikit apa maksudnya sambil tersenyum engkau berkata boleh tak kita cuba: chocolic atau say cheese atau the alien atau pink twister californian almond atau classic atau al'pine atau peach power pink pelican atau tea-off atau teen queen atau tom & cherry waikiki atau yammy yamato atau donutella atau dandy randy aku termanggu terpinga-pinga dalam tersenyum engkau berkata "tak pe lah bang jangan pening kepala" "abg cuba rasa yang ini" "namanya duren duren sedap rasanya" itulah kali pertama aku merasa donat berinti durian santapan untuk berbuka

hati mu seakan mengerti

semalam biar masa berdetik pantas di ruang sempadan yang terbatas namun waktu seakan terhenti dan hati mu seakan mengerti membuka ruang seluas alam setinggi langit sedalam lautan untuk menerima setitis kasih yang ku berikan

senyuman mu aku balas

senyuman mu aku balas dari petang menyentuh malam hingga sang suria memberi salam masih tak hilang lagi senyum ku itu membalas senyum manis mu yang sekian lama ku tunggu...

kuasa mawar merah

engkau hanya tertawa bila aku berkata hebat kuasa mawar merah boleh menakluk hati yang keras mampu menunduk jiwa yang rimas sambil tersenyum engkau membalas  mawar merah ini tak kekal lama sampai masa layu lah ia takkan boleh siapa mengganti engkau tetap bertakhta di hati semalam biar sudah lama mawar merah layu rupanya ia subur dalam hati mu mekar berkembang indah berseri masih ada lagikah ruang untuk ku di hati...

engkau mengharapkan aku tahu

apa boleh aku meneka riak sekeping hati hanya dengan mengira titis-titis jernih menuruni pipi apa boleh aku merasa resah yang bersarang di dada sekadar menatap seraut wajah kaku tak bersuara apa boleh aku mentafsir fikir akal sekadar merenung dan meramal dan engkau mengharapkan aku meneka segalanya agar kau tak lagi perlu menceritakan apa-apa...

petikan dari kembar artakus

Petikan dari Novel ketiga dalam siri saga Artakusiad: Kembar Artakus Karya Ahmad Patria Abdullah Tidak lama kemudian aku pun sampai ke pintu gerbang kota. Kelihatan samar-samar susuk tubuh manusia tercegat di sisi seekor kuda di tepi jalan yang menuju ke pusat kota. Aku memperlahankan Ilia. Aku dapat mengagak bahawa orang itulah yang ingin bersua muka denganku. "Artakus?" Suara itu meluru ke arahku dari bibir yang tidak kelihatan, kerana ditenggelami kegelapan malam. Hatiku berdetak. Aku tidak dapat melihat wajah orang yang menegurku, tetapi aku sangat kenal suaranya. Seribu perasaan menerkam ke pintu hatiku dan membangkitkan gelora yang sudah sekian lama reda. Lekas-lekas aku turun dari pelana lalu bergegas ke arah dia yang menantiku. "Laira?" Aku masih kurang percaya dengan kehadirannya disitu. "Tidak ingatkah kau padaku?" ujarnya sambil melangkah keluar dari kehitaman malam ke bawah sinaran lampu-lampu kota. Mataku terpaku ke wajahnya buat b...

sebaris pesanan ringkas

sebaris pesanan ringkas yang ku terima terima kasih atas segalanya lebih menghukum dan menghina bagai dihinjak tiada harga terasa sakit yang tak terbendung diulit duka yang tak berpenghujung

tentang teman lama

semalam aku menelefon seorang teman lama cuba berkongsi rasa dan sekadar bertanya khabar tapi nadanya datar ketawanya tidak lagi segar mungkin kerana dia seorang teman lama.. mungkin banyak kisah.. dia dah terlupa.. atau sepatutnya.. dia kini menjadi teman baru.. kerana dia bukan lagi teman yang ku kenal dulu...

lepaskan sahaja burung itu pergi

pesan seorang teman lepaskan sahaja burung itu pergi andai ia milik mu pasti akan kembali biar burung itu terbang bebas merasa angin dikepaknya melihat alam sepuasnya berkawan bebas di udara tak akan lama ia di sana ke tanah juga nanti singgahnya...

jatuh

aku baru jatuh dari tempat yang tinggi kata doktor boleh sembuh tapi bukan hari ini sebab banyak cederanya dalam lukanya teruk patahnya boleh sembuh tapi bukan sepenuhnya akan kekal parutnya akan tempang jalannya boleh sembuh tapi bukan mudah ada banyak pantangnya ada banyak ubatnya kata ibu, hanya yang pernah merasa jatuh faham sakitnya....

sepucuk surat hakikat

tengahari tadi dalam banyak-banyak hari dan dalam banyak-banyak masa dalam banyak-banyak detik dan banyak-banyak ketika aku terima sepucuk surat padat dengan hakikat sukar dimamah dan dikunyah apatah lagi ditelan dan dimakan dihadam dan dicerna aku hanya mampu berdoa masa dan alam bersatu melembutkan surat itu agar mudah hancur dan lumat untuk ku telan sebuah hakikat...

pertama ramadhan

Pertama Ramadhan tahun 1431 Hijrah, alhamdulillah, terbuka hati aku untuk menulis dan berkongsi rasa. Bukan tidak pernah terniat untuk membuka blog sendiri, tetapi tidak pernah ditunaikan selama ini atas pelbagai sebab dan alasan. Aku dapat rasakan ramadhan kali ini berlainan dari keseluruhan ramadhan yang pernah ku lalui. Selamat menyambut ramadhan yang penuh keberkatan, keampunan dan janji Allah dibebaskan dari azab api neraka. Amin!

di kala aku melihat kau sedang tidur

di kala aku melihat kau sedang tidur.. aku lah sang pencinta yang merindui dalam tiap denyut nadi di kala aku melihat kau sedang tidur aku lah sang kekasih yang cemburu dalam tiap mimpi mesra mu di kala aku melihat kau sedang tidur jadilah aku si penyair yang memuja ayu mu dalam tiap tutur ku di kala aku melihat kau sedang tidur jadilah aku sang pendita yang cuba membaca resah fikir mu di kala ku lihat tidur mu terganggu jadilah aku sang pahlawan yang merobek segenap mimpi buruk mu di kala kau sedang tidur seluruh alam seakan akur.. meninggalkan sepi untuk aku dan di kala kau buka mata mu... akulah sang pencinta, kekasih dan penyair sang pendita dan pahlawan yang menyambut pagi mu...

kamu

diammu ada fikir senyummu ada duka tawamu ada sindir tangismu ada setia katamu ada rasa jelingmu ada cemburu nafasmu ada cinta.. hatimu ada aku...?

peduli..?

bila aku lemas.. di laut lepas.. dan ramai yang hanya memerhati dan membatu diri tanpa seorang pun bersimpati aku mengerti dan aku sedikit pun tak peduli bila aku dijilat api lantas rebah ke bumi dan ramai yang hanya memerhati dan membatu diri sekali lagi aku mengerti dan sedikit pun aku tak peduli bila aku ditimbus butir kerikil hingga rata jasad ku di perut bumi dan ramai yang hanya memerhati dan masih membatu diri untuk kesekian kali nya aku mengerti dan langsung sedikit aku tak peduli tapi bila aku mengemis secebis masa antara waras dan gila demi dunia dan alam fana dia hanya menjadi batu keras dan kaku maka sampai masa nya aku sendiri... mengkafankan diri ku..

perlukah aku

perlukah aku berhenti dari berfikir dan merenung mencuba dan berusaha menduga dan meneka memujuk dan merayu mengemis dan meminta secebis kasih mu.. perlukah aku menjadi keras dan kaku bila diuji kebas dan beku bila dimaki longlai dan layu bila dirayu untuk secebis kasih mu..

bayang-bayang dayang

teringat cerita tok wan tentang bayang-bayang dan dayang sejauh mana dayang berlari.. bayang-bayang tetap di sisi.. dikejar lari dipegang tak terasa disapa menyepi diusik tak berkata setia bayang-bayang pada dayang.. hingga maut datang mengundang.. andai dayang memilih gelita.. bayang-bayang tiada daya.. mengharap-harap meminta-minta dayang mencari secarik cahaya.. agar bayang-bayang dapat kembali berjasa menunjuk arah mengukur masa