cerita tarikh lahir
sebentar tadi
bicara seorang teman
tentang tarikh lahir ku
muncul kembali
ketika aku sedang tertiarap
dan hilang semua harap
kerana aku baru sahaja
cedera dan luka
bukan di dada
tetapi di belakang
ditikam dan dicincang
tanpa belas dan ehsan
tanpa simpati dan kasihan
oleh dia yang kuserahkan
hati dan perasaan..
Ulasan
Catat Ulasan