paksakan sahaja senyum itu

dalam duka
paksa kan saja senyumnya
biar lebar biar besar
senyum itu pasti tersebar
ke pelusuk sanubari
dan setiap denyut nadi
sebelum sempat
menaakul nisbah mantik
dan mengisbat-isbat logik
dan lebarkan saja  dahulu senyumnya
biar sampai ke telinga
biar sampai kecil bola mata
akan pasti tersenyum-senyum di hati
dan bernyanyi-nyanyi di minda







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cerita jarak dua hati

kalam mubalaroh

sebatian