ku lepaskan burung itu pergi


ku lepaskan
burung itu pergi
dalam sedar
dan dalam debar
biar terbang bebas
biar terbang tinggi-tinggi
biar terbang puas-puas
biar terbang menyentuh pelangi
sambil-sambil menyapa awan
boleh diukur tingginya gunung
sambil-sambil menyentuh daratan
boleh diukur dalamnya gaung

sambil-sambil menjengah sempadan
boleh diukur luasnya lautan
sambil-sambil diusik embun
boleh diukur rimbunnya daun
biar belajar mencari arah
biar bijak memilih tanah
biar tahu garis dan batas
biar kenal tindak dan balas
biar faham..
tiap yang bebas
bukan semuanya merdeka
tiap yang puas
bukan semuanya bahagia
bebas tak pernah putus
puas itu sentiasa haus
andai telah puas bebas
atau bebas puas-puas
andai mahu pulang
turun semula ke sarang
dengan izin tuhan
akan aku usahakan
tempatnya ada di situ
setia menunggu
tapi aku tak mampu
berjanji
aku masih di situ
menanti...



















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cerita jarak dua hati

kalam mubalaroh

sebatian