aku sedang marah

teringat pesan guru ku..
bila marah..
andai kau sedang berdiri
duduklah..
mudahan marah mu
tidak marak setinggi langit
andai kau sedang duduk
baringlah..
mudahan rebah
marah mu
menjadi abu
dan debu
yang tidak mampu
menjadi raja mentadbir akal
kerana apa pun yang membuat kau marah
adalah makhluk tuhan
yang tidak kekal..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cerita jarak dua hati

kalam mubalaroh

sebatian