memberi dan menerima
semalam baru aku sedari andai boleh aku memberi seluruh dunia dan isinya ku serahkan semuanya kepada mu supaya engkau benar-benar tahu sebelum aku hanya tinggal nama engkau lah segalanya dan semalam baru aku sedari aku mampu menerima apa sahaja yang kau beri seluruh dunia dan isinya biar sepahit hempedu biar semanis madu supaya engkau benar-benar tahu sebelum aku hanya tinggal nama engkaulah segalanya ..juga semalam aku sedari biar seluruh alam aku memberi biar nyawa sebagai galang ganti tetapi aku tak boleh meminta balasan yang sama kerana aku hanya boleh menerima