Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

senyum

pesan ibu tiap senyuman biarlah ikhlas dilapik ehsan pasti berbalas tiap senyuman kalau ikhlas dilapik ehsan tak harap dibalas...

ku lepaskan burung itu pergi

ku lepaskan burung itu pergi dalam sedar dan dalam debar biar terbang bebas biar terbang tinggi-tinggi biar terbang puas-puas biar terbang menyentuh pelangi sambil-sambil menyapa awan boleh diukur tingginya gunung sambil-sambil menyentuh daratan boleh diukur dalamnya gaung sambil-sambil menjengah sempadan boleh diukur luasnya lautan sambil-sambil diusik embun boleh diukur rimbunnya daun biar belajar mencari arah biar bijak memilih tanah biar tahu garis dan batas biar kenal tindak dan balas biar faham.. tiap yang bebas bukan semuanya merdeka tiap yang puas bukan semuanya bahagia bebas tak pernah putus puas itu sentiasa haus andai telah puas bebas atau bebas puas-puas andai mahu pulang turun semula ke sarang dengan izin tuhan akan aku usahakan tempatnya ada di situ setia menunggu tapi aku tak mampu berjanji aku masih di situ menanti...

masa yang berbaki

banyak kah lagi masa yang berbaki andainya umur hanya diukur pada detik kiraan dan kadar nisbah di antara azan dan lafaz iqamah

terima kasih

terima kasih kerana sudi singgah sebentar atau mungkin tersinggah tanpa sedar mungkin hanya kebetulan tapi tetap punya pilihan untuk terus berlalu namun tetap mahu singgah sebentar atau tersinggah tanpa sedar tanpa tanda mahu bubar tanpa rasa mahu beredar dan kerana itu dan hanya sebab itu ku ucapkan terima kasih kepadamu...

cerita jarak dua hati

kata guru ku ketika bercinta tidak perlu bersuara hanya gerak badan atau sekilas pandangan atau sekadar mimik muka sudah faham maksudnya ketika itu walau jasad tidak bertemu dua hati sedang menyatu kata guru ku lagi ketika cinta mulai pudar warna walau suara keras dan lantang walau nada tinggi menjulang beribu patah kata belum tentu faham maksudnya ketika itu walau jasad bersentuhan dua hati... telah lama berjauhan

tolong jangan lupa

Kita sering dicabar dengan waktu yang beredar tapi tolong jangan lupa janji kita untuk sama kongsi rasa perit dan pedih lelah dan letih kecewa dan sedih dan tolong jangan lupa janji kita untuk sama merintih dan berdoa berharap dan bersabar berusaha dan berikhtiar mencari dan menyelongkar merobek dan membongkar apa saja petunjuk bukti yang boleh dirujuk biar sekecil hama untuk berjumpa dan terjumpa keluarga yang tak pernah kita kenali tetap saudara di dalam hati tolong jangan lupa janji kita untuk cari mereka... Ampunkanlah dosa kami, kasihanilah kami, permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Permudahkan lah urusan mencari semua penumpang, juruterbang dan anak kapal pesawat MH370. Ya Allah, kami mudah lalai dan lupa, mudah penat dan putus asa. Tetapkan hati kami untuk terus berdoa dan tidak putus harap. Tabahkan hati mereka yang terlibat di dalam usaha mencari. Tabahkanlah hati keluarga mangsa yang menanti. Walaupun mereka y...

selagi bernama makhluk tuhan

selagi bernama makhluk tuhan tinggi mana darjah kebesaran luas mana kawasan jajahan tetap dilingkung dengan sempadan besar mana kuasa dan pangkat hebat mana aura dan daulat tidak selamanya langit ditongkat selagi bernama makhluk tuhan dalam tinggi ada rendah dalam gagah ada lemah ada gelap dalam cerah ada miskin dalam mewah selagi bernama makhluk tuhan sesekali pasti rasa sedih pada sesuatu nikmat yang panjang pada setiap satu yang lebih tentu pasti ada yang kurang...

cerita tentang cerita

mamu: baca apa? aku:buku cerita... mamu:cerita cinta? aku:saya tak baca buku macam tu mamu:baca buku yang bagaimana? aku: buku peradaban dunia konflik antara bangsa dan agama kisah hidup pemimpin dunia ada yang agung ada yang jelek dan ada yang canggung ada yang dihina dan ada yang disanjung belajar berfikir dan bertindak menepis dan menolak menyerap dan memberontak mamu:apa nikmatnya baca hal yang rumit tak akan beri kesan pada harga gula walaupun secubit tak cukup kah dengan apa yang ada di hadapan mata dan di sekeliling kita  kisah bangsa dah hilang adab unjuk rasa cara biadap anak bangsa dah tak kenal hormat pemimpin itu tokoh korporat komoditi  itu pula sudah tentu rakyat dengan segala macam bala dan ribut dengan segala yang rumit dan kusut dengan segala kelam dan kabut apa nikmatnya mengundang lagi rimas dan serabut aku: kerana itu saya membaca kembali pada asas a...

berubah juga akhirnya..

Aku sedar aku telah berubah walaupun  dari awal lagi aku sedar aku perlu berubah dan aku telah berusaha untuk berubah tetapi tanpa sedar aku berjaya berubah, sudah berubah dan tanpa sang ka rupa-rupanya aku  mampu untuk berubah dan hanya  ter sedar yang aku telah mula berubah bila suatu masa dulu a ku anggap hati ku tidak mungkin goyah dan berubah tetapi ternyata bila sesekali air bah, rupa-rupanya  pantai juga turut boleh berubah...