Petikan dari Novel ketiga dalam siri saga Artakusiad: Kembar Artakus Karya Ahmad Patria Abdullah Tidak lama kemudian aku pun sampai ke pintu gerbang kota. Kelihatan samar-samar susuk tubuh manusia tercegat di sisi seekor kuda di tepi jalan yang menuju ke pusat kota. Aku memperlahankan Ilia. Aku dapat mengagak bahawa orang itulah yang ingin bersua muka denganku. "Artakus?" Suara itu meluru ke arahku dari bibir yang tidak kelihatan, kerana ditenggelami kegelapan malam. Hatiku berdetak. Aku tidak dapat melihat wajah orang yang menegurku, tetapi aku sangat kenal suaranya. Seribu perasaan menerkam ke pintu hatiku dan membangkitkan gelora yang sudah sekian lama reda. Lekas-lekas aku turun dari pelana lalu bergegas ke arah dia yang menantiku. "Laira?" Aku masih kurang percaya dengan kehadirannya disitu. "Tidak ingatkah kau padaku?" ujarnya sambil melangkah keluar dari kehitaman malam ke bawah sinaran lampu-lampu kota. Mataku terpaku ke wajahnya buat b...
Ulasan
Catat Ulasan