cerita tentang cerita
mamu: baca apa?
aku:buku cerita...
mamu:cerita cinta?
aku:saya tak baca buku macam tu
mamu:baca buku yang bagaimana?
aku: buku peradaban dunia
konflik antara bangsa dan agama
kisah hidup pemimpin dunia
ada yang agung
ada yang jelek
dan ada yang canggung
ada yang dihina
dan ada yang disanjung
belajar berfikir dan bertindak
menepis dan menolak
menyerap dan memberontak
mamu:apa nikmatnya baca hal yang rumit
tak akan beri kesan pada harga gula
walaupun secubit
tak cukup kah dengan apa yang ada
di hadapan mata
dan di sekeliling kita
kisah bangsa dah hilang adab
unjuk rasa cara biadap
anak bangsa dah tak kenal hormat
pemimpin itu tokoh korporat
komoditi itu pula sudah tentu rakyat
dengan segala macam bala dan ribut
dengan segala yang rumit dan kusut
dengan segala kelam dan kabut
apa nikmatnya mengundang lagi
rimas dan serabut
aku:
kerana itu saya membaca
kembali pada asas agama..
kenal diri kenal pencipta
membaca itu hanya kunci
untuk kita siapkan diri
kerikil kecil seperti saya
kerikil kecil seperti saya
tak akan mampu mengubah dunia
tapi bermula dengan seketul batu
wujudnya tamadun bercambahnya ilmu
dan hanya bermula seketul batu
Jalut yang hebat tersungkur kaku..
mamu:...
Ulasan
Catat Ulasan