watak di balik tabir
tidak selayaknya aku
untuk kelihatan
pada gambar-gambar kenangan
menceritakan kejayaan
merangkul ijazah idaman
dan...
tidak selayaknya aku
untuk bersama
meraikan rasa gembira
turut senyum
dan bergurau senda
dan bergurau senda
bersama tetamu yang ada
dan...
tidak selayaknya aku
untuk bersama
mengucap tahniah
bersama jambangan bunga indah
pada majlis yang penuh meriah
cuma...
selayaknya aku
hanya mengintai-ngintai
menyorok-nyorok di balik tirai
kerana aku hanyalah watak kecil
yang hanya layak hadir
di balik tabir
Ulasan
Catat Ulasan