pilihan
terima kasih kerana memilih menguntum senyum menyebar rasa manis dan harum juga memilih menutur santun menebar citra damai dan rukun secara percuma pada ribut yang menyapa di luar jendela
Blog ini sekadar berkongsi rasa suka dan duka, yang lazimnya dikemam dan dikunyah, ditelan dan dihadam sendiri. Di dalam sedar memilih untuk belajar dan bertatih menggunakan bahasa ibunda dengan lenggok sopan budaya bangsa. Blog ini menghimpun segala bentuk rasa yang merupakan warna-warna hidup dan diterjemah dalam himpunan puisi yang layaknya hanya dibaca sendiri. Warna lilac itu bukan selembut merah jambu bukan juga sekeras penataan ungu. Apa yang pasti ketika ini, lilac itu warna ku...