Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

watak di balik tabir

tidak selayaknya aku untuk kelihatan pada gambar-gambar kenangan menceritakan kejayaan merangkul ijazah idaman dan... tidak selayaknya aku untuk bersama meraikan rasa gembira turut senyum dan bergurau senda bersama tetamu yang ada dan... tidak selayaknya aku untuk bersama mengucap tahniah bersama jambangan bunga indah pada majlis yang penuh meriah cuma... selayaknya aku hanya mengintai-ngintai menyorok-nyorok di balik tirai kerana aku hanyalah watak kecil yang hanya layak hadir di balik tabir        

tutur dan gerak mu

dari tutur mu aku fahami dia tidak membawa sebarang makna aku mengerti dari gerak mu aku fahami dia tetap bermakna aku sangsi...

tarikh keramat itu

hari ke tujuh belas pada bulan ke sepuluh ku tunggu penuh sabar dan penuh debar dan rasa syukur biarpun aku sedar dan aku akur tarikh keramat itu pasti akan menyentuh luka lama yang baru sembuh mencalit tinta pudar pada kelopak yang baru mekar dan segar mengorek dan membongkar pada sangsi yang baru saja bubar

penat

aku sudah penat tiada lagi kudrat untuk ku harap dan ku tunggu apa-apa lagi dari mu..

teruk sangat kah aku ini?

mungkin sudah sebati darah dan daging dan dari keturunan dan bangsa ku yang mudah puas hati dirayu hiba biar dipermain seabad dihina semudah kata diinjak semahu rasa perlu dicari sisa diketepi cuma kerana ingin disayangi teruk sangatkah aku ini?

memang padan dengan muka aku

hari ini setelah apa yang berlaku memang sangat padan dengan muka aku..

aku sedang marah

teringat pesan guru ku.. bila marah.. andai kau sedang berdiri duduklah.. mudahan marah mu tidak marak setinggi langit andai kau sedang duduk baringlah.. mudahan rebah marah mu menjadi abu dan debu yang tidak mampu menjadi raja mentadbir akal kerana apa pun yang membuat kau marah adalah makhluk tuhan yang tidak kekal..

sudah tiba masanya

lama benar aku menanti penuh sabar dan rendah diri biar lelah dan penat akhirnya terbalas dengan sebaris ayat bersamanya sebuah hakikat sudah tiba masanya ku tamatkan sebuah hikayat..