Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

sang penari dan pemukul gendang

Suatu ketika dahulu engkau dan aku menjadi kita umpama sang penari dan pemukul gendang kita bersatu dalam rentak tari dan sulaman irama berdendang kau atur santun mu dalam gerak yang gemalai ku atur tingkah ku dalam nada yang melandai kau serlahkan tabah mu dalam langkah yang kemas dan erat ku palu gendang ku dalam nada yang keras dan padat tertib dan cermat kita berpadu, kasih dan hormat kita menyatu kepada yang memerhati, tari dan gendang kita itu berbeza kepada yang mengerti, tari dan gendang kita itu sejiwa Dalam keterpaksaan engkau dan aku menjadi dia tidak lagi berkongsi pentas yang sama memang asal mu seorang penari lantas masih kau cuba mengatur tari dengan santun dalam langkah penuh gemalai pemukul gendang mu cuba menyantun dalam tingkah membelah badai kau serlah tabah mu penuh kemas dan erat pemukul gendang mu mengalun irama yang lemas dan berat kaca mata mu menahan sebak, tika senyum mu kau pamerkan pada khalayak tawa nakal mu kau tambat akrab, tika gend...

Udara di daerah mu

Di daerah mu di bawah bayu udaranya masih sama seiring nafas ku menarik segala ada bersamanya turut sama tertarik digerak bawah sedar dari ruang terbuka dengan cermat menjengah ruang dada lantas berulang rasa yang sama yang telah lama tidak datang menyapa menyiram rasa nyaman tika menyentuh dinding duka dan menghampar rasa aman tika menyentuh ruang derita Di daerah mu di bawah bayu udaranya masih sama seiring nafas ku menghambur segala bersamanya turut sama kabur dihambat bawah sedar  dari ruang terkurung dengan tertib beredar dari ruang yang terlindung rasa yang sama kembali datang mengunjung menghalau resah yang bertandang tika nafas menghela berat menghempas pedih yang menjulang tika nafas menghembus lambat Di daerah mu di bawah bayu setelah satu dasawarsa aku sedari udaranya tidak sama dengan udara yang ku nafas setiap hari kerana udara di daerah mu punya daya dan rasa menjentik denyut nadi menggamit akal bernyanyi menjemput hati menari menghidupk...